Ahad, 20 Mac 2011

Free Domain Contest by Little Mama

klik banner untuk menjoinkan diri..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Contest yang menawarkan hadiah lumayan.. 
Join cepat-cepat, rebutlah peluang ini dari Little Mama

Tarikh tutup 26/3/2011. Masih sempat nak join..

Berbalik pada contest ini, sambungkan ayat ini..

Saya mahukan Nama Domain Percuma dari Little Mama untuk blog saya kerana 12 sebab, Dibawah ini saya ceritakan sebabnya.. teruskan membaca kalau berminat..


1. Ianya Percuma.. 

ada ke yang tak suka barang free ni.. Pelik kalau ada yang tak suka tu.. bak kata orang tua tua, rezeki jangan ditolak, bala jangan di cari.. hehe..

2. Semuanya Senang..

Kalau ada domain sendiri, senang nak ingat, senang nak taip, senang nak search..segalanya lebih senang la.. senang cerita.. google je.. apa yang senang nya tu.. 

3. Ramai yang dah pakai domain free..

haha.. kalau domain tak free tu memang lagi ramai. kalau yang free tu, dah makin ramai, tapi selalunya setahun la free.. bangkrap la kalu bagi seumur hidup free.. Kenapa tak percaya aku kata ramai dah pakai domain free.. Google la, berlambak yang buat contest macam ni.. ye tak little mama? hehe..

4. Domain sendiri lebih selamat.

Yang mesti semua dah tahu kan.. Tapi aku nak cerita la lagi, saja nak bagi panjang sikit entri ni, sebab aku bersemangat nak join dan menang.. hihi..
Ce citet ce citer.. Ye la, nak citer la ni..
Kalau yang pakai blogspot tu macam aku ni, kurang sikit selamatnya.. sebabnya mungkin google akan buang blog kita tu.. blogspot kan google punya.. ikut suka dia la nak buang kan.. kita ni sapa la sangat kan.. kalau nak bukti, search saja ni google.. hehe.. 

5. Domain hanya rm35 setahun..

Yang ni aku tau sangat, bagi aku dah murah tu.. 
Dah la free setahun, sambung bayar rm35 ja setahun.. kalau menabung sehari seposen pun dapat bayar dah.. 
bak kata pepatah melayu 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukuit'.. aisyehh terikut david teo pulak.

6. Lebih Gempak..

Ini antara jawapan yang paling hebat..
kenapa gempak?? tak kan tak tahu kot.. gempaknya hanya pada nama..sebabnya kalau dah pakai domain sendiri, dah tak dah blogspot.com atau wordpress.com kat belakang tu..  yang ada .com saja... gempak tak?? gempak.. tapi ingat, kalau dah bertukar .com tu, jangan lupa kepada pengguna blogspot dan wordpress.. kalau tiada mereka, tak meriah la dunia blog ini..

7. Lebih Nampak Pro dan Hebat.

Ni pun satu kelebihan domain sendiri..
Kalau dah pakai domain sendiri ni, mesti ramai yang kagum.. Mesti ada yang kata ;pehh, dah ada domain sendiri, aku blogspot ja'.. Terbaiklah.. ada ke orang yang akan kata macam tu.. Tepuk dada, search kat google.. haha.. 

8. Lebih bersemangat..

Yang ini, rasanya semua mesti ikut pandangan aku ini.. Aku akan lebih bersemangat untuk berblog kalau ada domain sendiri ni.. Semangatnya datang sebab domain tu dah jadi hak milik kita.. kita mesti nak jaga elok-elok kan rumah kita tu. dah melambangkan kita.. tapi jangan pula kamu semua yang pakai blogspot macam aku ni akan malas update blog lepas ni.. Sebabnya aku kata, bila ada domain sendiri, baru kena semangat.. Jangan salah faham k. Aku kata LEBIH bersemangat.. bagus kalau faham.. 

9. Ranking cepat naik..

betul ke ranking cepat naik?? memang betul,.. Yang ini, aku tak pandai sangat nak explain sebabnya aku bukan pandai sangat bab SEO ni.. tapi kalau tengok jawapan aku yang atas tu.. Mesti anda semua tahu kenapa ianya lebih Mesra SEO.. kalau dah mesra tu, cepat lah naik ranking kita..teman tapi mesra.. 

10.Tak Malu Nak Promote..

haha.. gelak jap.. Yang ni, hanya aku saja kot.. Aku sebenarnya ada member yang tak suka blogger ni.. Jadi aku malu la sikit nak promote kat dia orang ni.. Kalau aku Nak Promote tu, mesti ada yang berkata 'Blogspot ke blog kau'.. haha.. terus tak jadi nak promote.. malas dah nak cita. Orang tua tua selalu kata 'Jangan malu-malu kalau nak berjaya''Malu bertanya, sesat jalan'.. Tapi tu la, nak buat macam mana, aku memang pemalu.. hehe

11. Boleh tambah income..

Kalau nak tahu, ini pun salah satu kelebihan domain sendiri ni.. Citer nye macam ini, kalau kita pakai domain sendiri, pihak pengiklanan lebih berminat nak letakkan iklannya di blog kita tu.. Pada penglihatan aku sejak berblog ini, memang ramai yang pakai domain sendiri buat iklan-iklan ni.. kalau tak caya, blogwalking la sokmo.. hehe.. tapi bagi aku bukan mudah, yang penting kita perlu serius dalam berblog.. Usaha tangga kejayaan.. Yakin boleh.. hehe

12. Domain sendiri lebih bernilai..

Faham tak ni maksud tu.. Maksudnya kalau kita dah tak nak guna domain tu, kita boleh jual.. boleh juga dapat duit tu.. haha. lagi bagus kalau tak jual kan.. tapi mesti ada sebab orang yang dah jual tu, mungkin tanggungjawabnya lebih banyak.. anak dah ramai sangat, laki atau bini tak bagi main internet... harap-harap faham..

Yess.. dah cukup 12 sebab.. 
thanks kerana membacanya.. 

p/s: kalah menang adat pertandingan..




1 ulasan:

auction berkata...

steady bro....teruskn usaha...